MCC Myvi Community Club
Together We Unite
Di tubuhkan pada 1 May 2009 sempena hari Buruh/Pekerja. Idea asal adalah untuk mencari kenalan dan kongsi tentang kenderaan iaitu Perodua MYVI di sekitar Alor Star, Kedah. Ahli pada masa itu hanya 10 orang sahaja. Kemudia mula melebarkan sayap seperti mana logo MCC yang ada sayap ke Utara Tanah air...dari Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Pada masa kini ahli dah mencapai 100 orang dan telah pun menyambut Ulangtahun yang pertama pada 1 May 2010. Crew MCC sendiri terdiri daripada Orang Melayu 100% dan semua mempunyai karier atau kerjaya daripada tenaga mahir hinggalah ke profesional.
Oleh kerana baru setahun penubuhan maka banyak ranjau dan kegembiraan di lalui bagi melancarkan pengurusan MCC. Blogger ada medium kedua selepas Facebook tempat utk MCC bertukar-tukar pendapat dan mendapat informasi semasa tentang MCC. Dari segi Promosi MCC hanya menggunakan cara kumpul ramai-ramai di Dataran berhadapan Masjid Zahir , kebanyakan ahli bermula dari perkenalan dari situ dan mula menyertai MCC.
MCC Myvi Community Club bersesuaian dengan moto "Together We Unite" ia membawa maksud dalam satu komuniti iaitu pemilik MYVI, kami bersatu. Selain memcari kenalan dan bertukar-tukar pendapat cara bagi MCC merapatkan hubungan antara ahli adalah dengan menyertai Auto Show, Audio Show, Futsal, Paintball, aktivi riadah, dan pelbagai lagi.
Dari segi Logo MCC ia adalah menunjukan Myvi yang mempunyai sayap membawa maksud dalam pada moto MCC "Together We Unite" MCC bergerak bersama (bersatu) dalam memajukan kelab. Dalam pada itu peraturan Jalan Raya adalah keutamaan bagi setiap kenderaan yang bergerak di atas jalan raya.
Misi MCC : Merapatkan hubungan antara pemilik kenderaan MYVI, bertukar-tukar pendapat, berkongsi maklumat terkini berkenaan kenderaan, perbincangan mengenai masalah yang terdapat pada kenderaan dan tips penjagaan dan pengubahsuaian yang berlandaskan undang-undang JPJ.
Visi MCC: Menyatukan semua Kelab Myvi yang ada di Malaysia dan seluruh kelab kenderaan motor yang terdapat di Malaysia bagi mengelakan berlakunya gejala tidak sihat seperti berlumba haram, pengubahsuaian yang menyalahi undang-undang dan sebagainya.